PENGUBAHSUAIAN PEMAKANAN
Anda harus menghadkan jumlah lemak tepu (seperti daging, hasil tenusu, minyak kelapa) dan juga kolesterol dalam pemahanan anda. Lebihan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin. Jikalau boleh, pilih makanan rendah lemak atau lebihkan mengambil makanan yang mengandungi asid lemak mono dan polyunsaturated (mono tak tepu dan poli tak tepu). Terapi pemakanan yang rapi boleh mengurangkan jumlah kolesterol sehingga 5% hingga 10%.
PENGURANGAN BERAT BADAN
Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda patut mengambil langkah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pengurangan berat badan menolong untuk meningkatkan paras kolesterol HDL.
SENAMAN
Senaman aerobik yang teratur meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan risiko penyakit jantung dan boleh juga menolong mengawal berat badan, diabetes dan tekanan darah tinggi.
MENGHISAP ROKOK
Merokok merosakkan lapisan saluran darah dan meningkatkan timbunan kolesterol LDL.
ALKOHOL
Pengambilan alkohol yang sederhana telah dikaitkan dengan paras kolesterol HDL yang lebih tinggi. Alkohol juga boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko untuk strok.
UBAT - UBATAN
Terapi ubat harus dipertimbangkan sekiranya paras kolesterol anda tidak mencapai paras yang diingini, meskipun pertukaran pemakanan dan gaya hidup sihat telah dibuat. Untuk mereka yang terbukti menghidapi penyakit jantung koronari dan paras kolesrterol yang tersanggat tinggi, ubat pengurang kolesterol patut diberi, disamping meneruskan gaya hidup yang sihat.
Cerpen - Lelaki itu 1
7 years ago