skip to main | skip to sidebar

Anda Pengunjung yang ke -

Free Hit Counter
Free Hit Counter

Pages

  • Home

Sihat dan Cergas

DAYANG NORIANA BINTI MOHD NOR D20102044053

KHASIAT SAYUR DAN BUAH

02:52 | Publish by Dayang Noriana

Sayur - sayuran dan buah - buahan adalah bahagian penting dalam diet seimbang. Rasanya enak terdapat pelbagai jenis, menarik warnanya dan mudah didapati.
                                        

Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat - zat makanan seperti :
  • Karbohidrat kompleks
  • Sera
  • Vitamin, terutamanya A, C, E
  • Mineral terutamanya kaliam dan kalsium
Ia tidak mengandungi kolesterol dan sangat rendah kandungan :
  • Lemak
  • Kalori
  • Natrium
Disamping itu sayur - sayuran dan buah - buahan juga dapat :
  • Menjadi snek yang senang disediakan.
  • Menghilangkan dahaga dan rasa lapar.
  • Merangsang dan melawaskan sistem penghadaman.
  • Membantu mencegah sembelit.
  • Mengurangkan risiko penyakit - penyakit sistem penghadaman.
  • Membantu mencegah sembelit.
  • Mengurangkan risiko penyakit - penyakit sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser.

0 comments

TAHUKAH ANDA Kelebihan aktiviti berjalan?

02:03 | Publish by Dayang Noriana


  • Ia merupakan aktiviti yang paling selamat. Pada lazimnya, tubh manusia berupaya berjalan jauh dengan kadar yang laju. Ia tidak mungkin dapat bertahan penyeksaan berlari untuk masa yang lama, dimana berat badan seseorang akan membebankan pada kaki yang membengkok.
  • Mengunakan bahagian atas badan lebih daripada berlari dan kaki lebih daripada berenang. Dalam aktiviti berjalan yang cergas, hampir tiada kumpulan otot yang berehat.
  • Aktiviti mental dan kreatif distimulasi.
  • Meningkatkan pandangan am, maruah, kepercayaan diri dan mengurangkan berat badan.
  • Meningkatkan peredaran darah lebih daripada aktiviti lain.
  • Setanding dengan aktiviti berlari dalam ertikata kadar metabolisma.
  • Memberi senaman kadar kardiovaskular / kardiopulmonari yang berkesan dan selamat.
  • Mengurangkan tekanan darah dan stres. 
  • Ia merupakan sebuah aktiviti kekeluargaan, tidak kira tua atau muda.
  • Ia adalah amat sesuai untuk wanita yang mengandung, mengawal berat badan, menguatkan otot pelvik dan memudahkan proses bersalin.
  • Meningkatan kesedaran dan penyertaan orang ramai dalam sukan berjalan

0 comments

Bagaimana untuk mengurangkan kolesterol dalam darah anda?

01:02 | Publish by Dayang Noriana

PENGUBAHSUAIAN PEMAKANAN
Anda harus menghadkan jumlah lemak tepu (seperti daging, hasil tenusu, minyak kelapa) dan juga kolesterol dalam pemahanan anda. Lebihan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin. Jikalau boleh, pilih makanan rendah lemak atau lebihkan mengambil makanan yang mengandungi asid lemak mono dan polyunsaturated  (mono tak tepu dan poli tak tepu). Terapi pemakanan yang rapi boleh mengurangkan jumlah kolesterol sehingga 5% hingga 10%.


PENGURANGAN BERAT BADAN
Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda patut mengambil langkah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pengurangan berat badan menolong untuk meningkatkan paras kolesterol HDL.


SENAMAN
Senaman aerobik yang teratur meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan risiko penyakit jantung dan boleh juga menolong mengawal berat badan, diabetes dan tekanan darah tinggi.


MENGHISAP ROKOK
Merokok merosakkan lapisan saluran darah dan meningkatkan timbunan kolesterol LDL.


ALKOHOL
Pengambilan alkohol yang sederhana telah dikaitkan dengan paras kolesterol HDL yang lebih tinggi. Alkohol juga boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko untuk strok.


UBAT - UBATAN
Terapi ubat harus dipertimbangkan sekiranya paras kolesterol anda tidak mencapai paras yang diingini, meskipun pertukaran pemakanan dan gaya hidup sihat telah dibuat. Untuk mereka yang terbukti menghidapi penyakit jantung koronari dan paras kolesrterol yang tersanggat tinggi, ubat pengurang kolesterol patut diberi, disamping meneruskan gaya hidup yang sihat.


PARAS KOLESTEROL YANG DIINGINI
Jumlah Kolesterol:
Kurang dari 5.2 mmol/L
(00mg/dL)
-----------------------------
Kolesterol LDL:
kurang dari 3.3 mmol/L
(130mg/dL)
-----------------------------
Kolesterol HDL:
lebih dari 0.9 mmol/L
(35mg/dL)

0 comments

Mengapa kolesterol tinggi satu risiko kesihatan ?

23:59 | Publish by Dayang Noriana

Kolesterol tinggi adalah satu risiko kesihatan yang serius kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung karonari. Persatuan Jantung Amerika ( American Heart Association ) peningkatan paras kolesterol LDL adalah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung.


Antara faktor - faktor utama penyakit jantung adalah :
a) Kolesterol LDL yang tinggi
b) Kolesterol HDL yang rendah
c) Tekanan darah tinggi
d) Merokok
e) Diabetes
e) Peningkatan umur
f) Riwayat keluarga yang menghidapi penyakit jantung semasa muda
g) Selepas menopaus

0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)

Lencana Facebook

Dayang Noriana Mohd Nor

Reka Lencana Anda

Popular Posts

  • Nutrisi makanan
    7. nutrition View more presentations from Dayang Noriana Nor
  • KHASIAT SAYUR DAN BUAH
    S ayur - sayuran dan buah - buahan adalah bahagian penting dalam diet seimbang . Rasanya enak terdapat pelbagai jenis, menarik warnanya dan ...
  • Apa itu kolesterol?
    Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan di setiap sel dalam badan anda. Ia penting ...
  • JENIS ZAT DALAM SAYUR - SAYURAN
    JENIS SAYURAN MINERAL VITAMIN Sayuran berdaun ( sawi, kangkung, bayam, kalian ) Kalsium, Zat besi A, B, C, K ...
  • TAHUKAH ANDA Kelebihan aktiviti berjalan?
    Ia merupakan aktiviti yang paling selamat. Pada lazimnya, tubh manusia berupaya berjalan jauh dengan kadar yang laju. Ia tidak mungkin dapa...

Blog

  • Semekar Kasih
    Pening mak bapak
    10 years ago
  • Nombor Bulat
    Menulis nombor dalam perkataan
    13 years ago
  • Jom belajar Matematik
    Menamakan hari dalam seminggu - BBM
    13 years ago
  • Bahasa Melayu Bahasa Indah
    LATIHAN KATA PEMERI
    13 years ago
  • Mesra Abadi Cikgu Shima
    Video - Jack dan pokok kekacang
    13 years ago
  • Seindah Peribadi
    Kuiz - Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
    13 years ago
  • Sejernih Minda
    Si Tompok
    13 years ago
Show 5 Show All
Clock Widgets

About Me

My photo
Dayang Noriana
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2011 (12)
    • ►  December (7)
    • ▼  November (4)
      • KHASIAT SAYUR DAN BUAH
      • TAHUKAH ANDA Kelebihan aktiviti berjalan?
      • Bagaimana untuk mengurangkan kolesterol dalam dara...
      • Mengapa kolesterol tinggi satu risiko kesihatan ?
    • ►  October (1)

Followers

Ruangan Sembang


Chat for Websites

Pautan 1

Powered by Blogger.
Copyright (c) 2010 Sihat dan Cergas. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.