Mengapakah kita patut kurangkan LEMAK ?
Lemak adalah sumber tenaga kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihandikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap penyakit jantung dan juga menyebabkan kegemukan.
Fakta tentang LEMAK ?
Lemak terdapat di dalam pelbagai makanan dan ramai di antara kita yang tidak menghiraukan. Walhal, kebanyakan makanan harian kita mengandungi sedikit sebanyak lemak.
Lemak yang terdapat secara semulajadi.
contoh :
- minyak, mentega, majerin, minyak sapi dan santan.
- karipap, kek, daging berlemak dan makanan bergoreng
Mengenai LEMAK
Pada asasnya terdapat 2 kategori lemak di dalam makanan iaitu tepu dan tak tepu
LEMAK tepu
Beku dan keras pada suhu yang rendah seperti di dalam peti ais. Ia terdapat di dalam produk haiwan dan di dalam beberapa minyak sayuran seperti santan.
Pangambilan yang berlebihan menyebabkan peningkatan tahap kolesterol di dalam dan terdedah kepada risiko penyakit jantung.
LEMAK tak tepu
Ia adalah lemak yang cair di suhu yang rendah di dalam peti ais. Ia diperolehi dari sumber tumbuhan.
Terdapat 2 jenis:-
- Mono tak tepu sepert minyak zaiton, minyak kelapa sawit
- Poli tak tepu seperti minyak bunga matahari, minyak jagung dan majerin lembut
Nama Lain bagi LEMAK
Lemak beku, lelemak, lemak khindzir ( lard )